Bismillah.
Salam..
Al-amalulillah(ulang)
Al-amalulillahi shi’aruna(2x)
Allah(2x)
Allahu rabbuna
Allah(2x)
Allahu ghoyatuna
Ar-Rasul qudwatuna
Al-Qur’an dusturuna(ulang)
Al-amal(2x)
Al-amalulillah(ulang)
Al-amalulillah shi’aruna(2x)
Al-jihad(2X)
Al-jihadu sabiluna(ulang)
Al-mautu fisabilillah
asma’ amanina(2x)
ASMA’ AMANINA!(2x)
Beramal(2x)
Amal kerana Allah(ulang)
Beramal kerana Allah
itu shi’ar kami(2x)
Allah(2x)
Allah Tuhan kamiAllah(2x)
Allah matlamat kami
Ar-Rasul ikutan kami
Al-Qur’an panduan kami(ulang)
Beramal(2x)
Amal kerna Allah(ulang)
Beramal kerana Allah
itu shi’ar kami(2x)
Berjihad(2x)
Jihad jalan kami(ulang)
Mati di jalan Allah cita tertinggi kami(2x)
CITA TERTINGGI KAMI! (2x)
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Akan sentiasa ada segolongan dari umatku,Yang menegakkan kebenaran, Dan berjuang menentang musuh mereka, Barangsiapa yang cuba menghampakan mereka, Tidak sekali-kali akan dapat melukakan mereka, Mahupun oleh kesusahan yang menimpa mereka, Sehingga datang keputusan Allah, Dan mereka akan tetap sedemikian,”
Maka para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah dimanakah mereka ini?”,
Sabda Baginda: “Mereka berada di Baitulmaqdis, dan sekitar Baitulmaqdis.”
Sabda Nabi lagi didalam hadith Abu Dawud:
Bahawa golongan ini akan tetap menegakkan kebenaran, Sehingga pejuang yang terakhir diantara mereka, Akan berjuang menentang, Al-Masih….Ad-Dajjal!!
Sudah 60 tahun berlalu…hidup ini terlalu singkat untuk kita berehat menikmati kemewahan isi-isi dunia …perjalanan mengembalikan kegemilangan agama ini masih jauh lagi..bangkitlah kita dari kefuturan(lemah semangat) berpanjangan yang melanda diri..bangkit bersama membela agama ini..atas yakinnya kita akan kemenangan ISLAM suatu masa nanti..walaupun mungkin usia kita tidak panjang untuk melihat agama ini dijulang manusia seantero dunia..namun kalau usaha ini tidak dilakukan oleh kita bermula sekarang,bila dan siapa lagi?..Contohi para sahabat nabi..lihatla Abu Bakar r.a,Umar Al Khattab r.a dan sahabat-sahabat nabi yang lain..mereka tidak pernah melihat kebangkitan Islam menguasai 2 per 3 dunia ini..namun atas hasil usaha mereka jua lah Islam itu mampu dijulang seagung itu suatu masa dulu..kerana mereka yakin dengan setiap ungkapan dan kata-kata yang keluar dari mulut Rasulullah S.A.W..kita juga yakin bukan?
Sempena 60 tahun Nakbah (malapetaka) pembentukan Negara Haram Israel sejak 15hb Mei 1948)
Istilah Nakbah mungkin adalah satu perkataan yang agak asing bagi sebahagian rakyat Malaysia melainkan buat mereka yang benar-benar prihatin mengenai isu umat Islam antarabangsa terutamanya di Palestin.
NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan Yahudi Zionis sejak enam dekad yang lalu.
Pencetus penubuhan negara Yahudi
Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis di dalam gagasannya yang kemudiannya dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara Israel) pada 1896. Kewujudan Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah pimpinannya telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Zionis di Palestin.
Peranan umat Islam
Bumi Palestin adalah tanah yang mulia untuk seluruh umat Islam kerana di situlah letaknya Masjid Al Aqsa yang merupakan qiblat pertama umat, tempat berlakunya peristiwa Isra dan Mi’raj, Tanah Suci umat Islam yang ke tiga yang juga merupakan bumi para Nabi. Isu Palestin bukanlah sekadar isu untuk orang-orang Palestin atau orang-orang Arab sahaja. Bahkan isu ini adalah isu penting yang berkaitan dengan keimanan untuk semua umat Islam di seluruh dunia.
Umat Islam di seluruh dunia seharusnya bersatu memperjuangkan isu Palestin yang merupakan isu induk umat Islam di abad ini. Perselisihan dan perbezaan budaya, geografi, bahasa dan bangsa sudah semestinya diketepikan demi menjayakan misi besar dalam menyelesaikan masalah ini. Negara –negara Islam perlu berani dan ikhlas membantu terutamanya dari segi kemanusiaan setelah ratusan ribu nyawa yang tidak berdosa terkorban dalam krisis yang berlarutan sekian lamanya.
Di Malaysia
Kefahaman mengenai isu ini masih perlu diperluaskan lagi di kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai melalui penulisan di akhbar-akhbar dan majalah, ceramah-ceramah dan pameran-pameran serta media elektronik. Sumbangan kemanusiaan pula mesti dipergiatkan bagi membantu rakyat Palestin yang telah sekian lama tertindas. Tidak keterlaluan jika kita mengatakan bahawa Malaysia seharusnya menjuarai isu sejagat ini, bukan sahaja di kalangan kita bahkan di persada antarabangsa.
Persoalannya, adakah kita telah berbuat sesuatu bagi meringankan beban dan kesangsaraan yang mereka alami selama ini? (Read more..)
apa itu n a k b a h?
