Semalam, umi balik bgtau yg kelmarin atuk jatuh katil, kepala atuk berdarah banyak. Pakcik n Paksu dah hantar atuk ke HKL. Semalam juga ayah bergegas ke hospital, cancel semua meeting, untuk melihat keadaan atuk. Sedih sekali mendengar cerita ayah petang semalam. Body atuk dah tak ada reaction. Gula, darah acid semua maksimum. Tiada air dalam badan atuk, menurut seorang doktor. 5 doktor perempuan dan 1 doktor lelaki mengelilingi katil atuk untuk melakukan suntikan demi suntikan, tapi satu pun tidak berjaya menurunkan gula, blood pressure dan acid. Insulin dah dimasukkan ke dalam badan atuk paling maksimum juga tidak membantu. Teringat masa internship dulu pernah amik cuti satu hari sebab ikut umi teman atuk pergi hospital buat chek-up routine.. Gula atuk memang tinggi, tetapi atuk masih mampu berjalan. Kadang-kadang kasihan bila melihat atuk makan, terutama bila selera dia datang, tambah-tambah bila umi buatkan kerabu mangga, atuk pasti makan banyak! Sebelum puasa atuk ada datang rumah kami, waktu tu dia dah mula lemah dan kurus, tapi masih boleh makan. Cuma kerap kali dia tersedak, seolah-olah makanan tersangkut ditekaknya. Tak tahu macam mana nak tolong, akhirnya atuk lega sendiri. Lewat petang semalam doktor decide masukkan atuk ke dalam ICU sebab atuk mula meronta-ronta, mungkin sesak nafas, tetapi bila letakkan alat di hidung, dia tepis, ramai nurses dan doctors terpaksa memegang kaki dan tangan atuk. Hinggalah atuk terpaksa diikat kerana body reaction dia sgt kuat. Atuk dimasukkan ke dalam ICU untuk mendapatkan bantuan pernafasan. Sekarang atuk bergantung sepenuhnya daripada machine tu. Atuk telah mendapat suntikan anaesthatic untuk menenangkan diri dia. Lewat jam 11 malam nurse dari HKL hubungi ayah suruh semua adik beradik family umi datang untuk melihat keadaan atuk, atuk dah dipindahkan ke CCU pula. Sedih sangat bila tengok atuk nafas, oksigen masuk direct ke mulut die. Bibir atuk kelihatan mula kering. Risau nanti ulser pula, tp nurse x kasi letak apa2, mahupun air, sbb takut ganggu machine tu.. Menurut doktor, atuk ni semangat sangat tinggi sebab tu die masih boleh berjalan dan badan die bersih..beberapa kali die tanya kat paksu dan ayah, betul die boleh jalan ke sebelum ni? boleh pegi mandi sendiri? Kalau diikutkan record sakitnya, org macam atuk dh bed-ridden..Sebenarnya Atuk punya prinsip untuk tidak mahu susahkan anak-anaknya mahupun orang lain. Itu sebab walau pun kena stroke, half of his body, die gagahkan diri tuk berjalan dan buat kerja sendiri. Atuk, atuk, saya doakan atuk dikurang kan rasa sakit, dikurniakan ketenangan dlm mngharungi dugaan ini dan dipanjangkan umur! Cepatlah sembuh atuk! Kami sgt risau akan keadaan atuk! Jam 3 pagi baru sampai ke rumah kembali.
MemoirS October 4, 2007 12:43 pm
6 Comments »
The URI to TrackBack this entry is: http://genkidene.blogsome.com/2007/10/04/atukku-sayang/trackback/
RSS feed for comments on this post.
Leave a comment
Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>
atukku sayang.

hey..i’m sorry to hear about your grandpa. as you said, he’s a strong man, so lets hope he’ll stay strong and pray that he’ll get better soon..ameen!
Comment by becky — October 4, 2007 @ 8:43 pm
thank you becky! Do pray for my grandpa yaa! I really hope that he will get better soon. Raya is just in 1 week and this year, the 1st raya will be at grandpa’s house (mom’s turn), I do hope I can celebrate it with him this year..
Comment by t u r n i n g p o i n t — October 4, 2007 @ 9:15 pm
semoga shida dan family dikurniakan ketabahan atas setiap dugaa. Kami di sini turut mendoakan..
Comment by fez — October 9, 2007 @ 3:43 am
jazakillah fez!
thank you for the do’a!
Comment by t u r n i n g p o i n t — October 10, 2007 @ 6:01 pm
Salam Syahidah. Ada sebak dlm dada bila baca cerita ni. Semoga atuk kamu cepat sihat. Dan semoga hubungankasih sayang kamu sekeluarga bertambah erat.
Selamat hari raya. Maafkan salah silap sepanjang kita kenal ni ye. Tahun ni beraya di mana? di kampung atau di bangi? Take care
Comment by Kak Aya — October 11, 2007 @ 12:53 pm
Salam Kak Aya!Jazakillah Kak Aya! Thank you for your wishes and do’a! Sehingga hari ini, cukup seminggu berada di ccu, my atuk’s condition is neither getting good nor getting worse, and atuk masih belum sedar, still fully depends on the machine for breathing.. cuma atuk kelihatan memberi response bila my mom called him and when we touched him..I hope that it’s a good sign, although all the readings from his record is still constant, no improvement..
Selamat Hari Raya juga buat Kak Aya yg sntiasa chumel..
Mohon maaf juga for any wrong-doings I’ve made..huhu.. Tahun ni mmg my mom’s turn, so mmg raya KL..selalunya kalo raya KL tu, mlm raya kami akan pegi umah atuk n opah, pastu mlm balik tido kat bangi, sbb umah opah full-house..x muat..ramai adik sedara dari jauh..jadi kasi peluang kat mereka pula utk tido di umah opah n atuk…=D
okies kak Aya, u too tak care!! winduula nk borak2 ngn akak kat ym mcm dulu..hehe
tata~
Comment by t u r n i n g p o i n t — October 11, 2007 @ 8:29 pm