Semalam, umi balik bgtau yg kelmarin atuk jatuh katil, kepala atuk berdarah banyak. Pakcik n Paksu dah hantar atuk ke HKL. Semalam juga ayah bergegas ke hospital, cancel semua meeting, untuk melihat keadaan atuk. Sedih sekali mendengar cerita ayah petang semalam. Body atuk dah tak ada reaction. Gula, darah acid semua maksimum. Tiada air dalam badan atuk, menurut seorang doktor. 5 doktor perempuan dan 1 doktor lelaki mengelilingi katil atuk untuk melakukan suntikan demi suntikan, tapi satu pun tidak berjaya menurunkan gula, blood pressure dan acid. Insulin dah dimasukkan ke dalam badan atuk paling maksimum juga tidak membantu. Teringat masa internship dulu pernah amik cuti satu hari sebab ikut umi teman atuk pergi hospital buat chek-up routine.. Gula atuk memang tinggi, tetapi atuk masih mampu berjalan. Kadang-kadang kasihan bila melihat atuk makan, terutama bila selera dia datang, tambah-tambah bila umi buatkan kerabu mangga, atuk pasti makan banyak! Sebelum puasa atuk ada datang rumah kami, waktu tu dia dah mula lemah dan kurus, tapi masih boleh makan. Cuma kerap kali dia tersedak, seolah-olah makanan tersangkut ditekaknya. Tak tahu macam mana nak tolong, akhirnya atuk lega sendiri. Lewat petang semalam doktor decide masukkan atuk ke dalam ICU sebab atuk mula meronta-ronta, mungkin sesak nafas, tetapi bila letakkan alat di hidung, dia tepis, ramai nurses dan doctors terpaksa memegang kaki dan tangan atuk. Hinggalah atuk terpaksa diikat kerana body reaction dia sgt kuat. Atuk dimasukkan ke dalam ICU untuk mendapatkan bantuan pernafasan. Sekarang atuk bergantung sepenuhnya daripada machine tu. Atuk telah mendapat suntikan anaesthatic untuk menenangkan diri dia. Lewat jam 11 malam nurse dari HKL hubungi ayah suruh semua adik beradik family umi datang untuk melihat keadaan atuk, atuk dah dipindahkan ke CCU pula. Sedih sangat bila tengok atuk nafas, oksigen masuk direct ke mulut die. Bibir atuk kelihatan mula kering. Risau nanti ulser pula, tp nurse x kasi letak apa2, mahupun air, sbb takut ganggu machine tu.. Menurut doktor, atuk ni semangat sangat tinggi sebab tu die masih boleh berjalan dan badan die bersih..beberapa kali die tanya kat paksu dan ayah, betul die boleh jalan ke sebelum ni? boleh pegi mandi sendiri? Kalau diikutkan record sakitnya, org macam atuk dh bed-ridden..Sebenarnya Atuk punya prinsip untuk tidak mahu susahkan anak-anaknya mahupun orang lain. Itu sebab walau pun kena stroke, half of his body, die gagahkan diri tuk berjalan dan buat kerja sendiri. Atuk, atuk, saya doakan atuk dikurang kan rasa sakit, dikurniakan ketenangan dlm mngharungi dugaan ini dan dipanjangkan umur! Cepatlah sembuh atuk! Kami sgt risau akan keadaan atuk! Jam 3 pagi baru sampai ke rumah kembali.