Salam,
Tetamu Agung Datang Lagi =D
Alhamdulillah kita panjatkan seinfiniti kesyukuran ke hadrat Ilahi, kerna dgn limpah kurniaan rahmat dariNya, pada saat dan ketika ini kita masih lagi bernafas dan hidup dlm nikmat iman dan islam, syukur!
Harini sudah 18 Shaaban. Subhanallah kurang daripada dua minggu lagi, tetamu agung yang dinanti-nantikan dan dirindui akan datang lagi. Marhaban wa ahlan ya ramadhan!!
Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan barakah, dimana dalam bulan ini adanya lailatulqadar, suatu malam yang sungguh istimewa. Setiap satu kebaikan yang dilakukan pada bulan Ramadhan akan diganjari pahala seperti melakukan 70 ibadah fardhu. Subhanallah banyaknya! Bulan ramadhan juga adalah bulan sabar dan sesungguhnya sabar itu balasannya syurga yang abadi. Bulan ramadhan, bulan yang ditambahkan rezeki pada hamba-hambaNya, pemberian keampunan Allah terhadap segala dosa-dosa hamba-hambaNya, jika memberi orang makan semasa berbuka puasa, walau hanya dengan sebiji tamar atau sesudu yougurt. Sesungguhnya 10 hari yang awal adalah rahmah, 10 hari yang tengah adalah keampunan dan 10 hari yang terakhir di bulan ramadhan adalah pembebasan dari api neraka.
Apakah persiapan kita dalam menanti tibanya bulan yang mulia, bulan ramadhan??
2 perkara yang menjadikan seseorang diredhai Allah:
-
Sentiasa ucap dua kalimah syahadah
-
Banyak beristighfar
Sesungguhnya sama-sama kita berdoa, mohon dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat dipertemukan lagi dengan ramadhan! Marilah kita sama-sama persiapkan diri untuk menanti ketibaan bulan ramadhan. Ambillah iktibar dari kisah berikut:
Pada suatu hari di bulan ramadhan, ada seorang sahabat datang bertemu dgn Umar dan bertanyakan, "wahai Umar bagaimanakah puasaku pada harini, kerana aku terlupa yang aku sedang berpuasa dan aku telah makan" , maka Umar jawab, "tidak mengapa, teruskan puasamu kerana kamu terlupa". Kemudian kali kedua dia datang lagi, "wahai Umar ada tetamu bertandang ke rumahku dan aku menjamu dia makan dan aku juga turut makan bersama dan aku terlupa yang aku sedang berpuasa..bagaimanakah puasaku? ", jawab Umar, "tidak mengapa kerana engkau terlupa dan tidak sengaja". Buat kali ketiganya sahabat itu datang dan bertanya kepada Umar , "wahai Umar, aku terlupa yang aku berpuasa dan aku telah makan, bagaimanakah puasaku?" Maka Umar menjawab, " Sesungguhnya engkau memang tidak pernah melakukan persiapan untuk berpuasa ".
Sahabat-sahabatku sekalian, banyakkanlah berdoa, lakukan persedian dari segi amali( puasa sunat ), nafsi (mohon doa dikuatkan diri, mental dan fizikal) dan material (kumpul duit untuk disedekahkan pada bulan ramadhan).
Semoga kita sama-sama bertemu dengan bulan ramadhan yang dirindui.
Wallahu’alam…sedikit informasi yang dpt dikongsikan bersama daripada talk yg disampaikan oleh Ustzah Arfah. Mohon diperbetulkan jika ada salah fakta.
p/s: Salam Merdeka 50 tahun! *peace* hehe..apa ertinya sebuah merdeka?? biiznillah dengan kemerdekaan yg kita peroleh saat ini menjadikan kita seorang hamba Allah, seorang mukmin yang sebenar2nya! yakni bebas dlm melakukan ibadah hanya utk yg Esa!
Marhaban wa ahlan ya ramadhan!


