Bismillah..
Salam..
Ahlan!Ahlan!Ahlan Ya ramadhan!!Ya Allah..tak terucap kalimah syukur,seandainya aku masih diberi ruang dan peluang untuk bertemu tetamu istimewa ini.
Doa di bulan Ramadhan..Dari Hari Pertama Hingga Hari Ke 10. Lagi 20 will be in the next post insyaAllah.
Moga sama-sama peroleh manfaat ya..tidak semestinya kena ikut hari yang dinyatakan, doalah kepada Allah atas segala apa yang dihajati dan mohonlah keampunan dariNya. Sesunguhnya doa di setiap hari di bulan Ramadhan insyaAllah diperkenankan oleh Allah. Jangan malas dan jangan sombong dengan Allah. Siapalah kita di bandingkan dgn Tuhan yang Manguasai alam ini dan yang Menciptakan kita. Kasih sayang Allah itu sungguh luas. Ya Rahman Ya Rahim.
Hari Pertama
“Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan
ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah
aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan
sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada
segala dosa.”
Hari Kedua
“Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada
kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu
dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih”
Hari Ketiga
Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta
jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku
daripada kebaikan yang kau turunkan., demi kemurahan Mu, wahai Tuhan
Maha Pemurah daripada segala dermawan.
Hari Keempat
Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk
melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan
berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran
dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan
perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat.
Hari Kelima
Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang
sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu
yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya?
(orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisi
Mu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha
pengasih daripada segala pengasih.
Hari Keenam
Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan
maksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksa ku dengan
balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh
mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan
Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan.
Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya.
Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk
mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai
pemberi petunjuk kepada orang yang sesat.
Hari Kelapan
Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak
yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan
kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap.
Hari Kesembilan
Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu.
Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku menuju
keredaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang yang
merindu.
Hari Kesepuluh
Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan
aku di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di
kalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju
orang yang memohon.



